Monday, January 18, 2010

Great song by Muadz

 best sangat nasyid nie...rasa semangat tue naik tahap maksima!!pada sahabat2 yang pernah dengar nie mesti sependapat dengan ana...bagi yang belum dengar,,carilah peluang dengar...xsusah pun,alang2 sahabat2 online nie,trus je la enter youtube pastu boleh join ana dan sahabat2 yang lain nyanyi...Jom nasyid sama2!! TAKBIR!!!

QUM!!!!
STAND UP TOGETHER!!!!


"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"

Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier

Feel the heart of everyone
See through our differences

You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other

Stand Up Album :
Munsyid : Muadz Dzulkifli Al-Masaar

...Syukuri Nikmat Tuhan...

Anak harapan koma tujuh bulan


2010/01/18

MASJID TANAH: Impian seorang pelajar mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi membantu keluarga, hanya tinggal harapan apabila mangsa terlantar koma sejak tujuh bulan lalu, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Mei tahun lalu.
KOMA...Mohd Iskandar terlantar koma sejak tujuh bulan lalu selepas terbabit dalam kemalangan.
KOMA...Mohd Iskandar terlantar koma sejak tujuh bulan lalu selepas terbabit dalam kemalangan.
Bapa mangsa, Muhamad Ab Alah, 57, berkata sebelum kejadian anaknya bekas pelajar Kolej Komuniti Alor Gajah pernah memaklumkan hasrat mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia.

Menurutnya, dia juga terkilan kerana cita-cita dipendam anaknya bakal tidak kesampaian berikutan keadaan dirinya masih koma sekali gus melenyapkan segala harapan tinggi bergelar insan berjaya.

“Apa yang diharapkan selama ini sudah tertulis sebegini. Harapan dan keinginan Iskandar nampaknya tersekat disebabkan anak lelaki sulung dalam keluarga itu berhasrat membantu keluarga agar dapat keluar dari kepayahan hidup “Tetapi, keadaan dirinya berubah apabila koma dan terlantar kaku di atas katil dengan hanya bergantung hidup pada tiub yang terpasang untuk memudahkannya makan dan membuang air besar,” katanya.

Pesara Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) itu, berkata anak ketiga daripada tujuh beradik menjadi harapan keluarga kerana rajin bekerja, selain mempunyai minat dalam bidang teknologi maklumat.
Namun, katanya, dia berasa kecewa dan melahirkan rasa kurang senang kepada kakitangan klinik kesihatan kerana memberi layanan buruk ketika rawatan pesakit kritikal untuk anaknya, apatah lagi keluarganya tiada kemahiran dalam menjaga pesakit yang terlantar di rumah.

“Saya pernah membuat panggilan kecemasan ke klinik kesihatan berdekatan meminta bantuan apabila tiub hidung ke perut dan paip saluran kencing anak tercabut, namun jawapan diterima menyedihkan.

“Mereka mendakwa pembantu perubatan tinggal seorang dan tiada masa, menyebabkan kami nekad memperbetulkan masalah itu sendiri dan Alhamdulillah, nasib baik berjaya tanpa sebarang kejadian buruk,” katanya.

Katanya, dalam tempoh dua hari, dia membuat panggilan kecemasan lain bagi meminta bantuan berikutan tiub hidung ke perut anaknya dipenuhi darah, tetapi tidak dilayan.

“Hendak dijadikan cerita, ketika Hospital Melaka mengarahkan anak dibawa semula ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat rawatan susulan di pertengahan jalan tanpa disedari rupa-rupanya ambulans itu tidak dilengkapi peralatan kecemasan menyebabkan anak semakin kritikal dan terpaksa dimasukkan semula ke ICU sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, ibu Iskandar, Marsita Shaari, 53, meminta pihak berkenaan menjalankan tugas dengan telus agar tidak alpa menunaikan tanggungjawab masing-masing kerana ia membabitkan nyawa
-www.hmetro.com.my-



 


*apa perasaan sahabat2 semua lepas baca artikel nie...menyedihkan bukan???kita sebagai muslim sepatutnya bersyukur atas sgala nikmat dan peluang yang Allah Taala kurniakan pada kita dan menggunakan sgala nikmat tersebut dengan sebaik mungkin...cuba bayangkan apabila sgala nikmat yang kita dapat slama nie ditarik balik,bukan secara perlahan2 nikmat dicabut bahkan ditarik sekelip mata...sama2 kita mengamalkan hadis nie untuk dijadikan sebagai tazkir buat diri..InsyaAllah.
اغتنم خمسا قبل خمس حياتك قبل موتك، وصحتك قبل سقمك، وفراغك قبل شغلك، وشبابك قبل هرمك وغناك قبل فقرك
Rebutlah lima perkara sebelum [datang] lima perkara: Hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum sebelum masa sibukmu, masa mudamu sebelum masa tuamu dan masa kayamu sebelum faqirmu. (Hadis Riwayat Imam Ahmad didalam Musnadnya dari Ibn Abbas)